GARIS PANDUAN BANTUAN AWAL PENDIDIKAN TINGGI IPTA/S DALAM DAN LUAR NEGARA
PERUNTUKAN WANG ZAKAT MAIDAM

1. BANTUAN AWAL PENGAJIAN IPT DALAM & LUAR NEGARA
1.1  Pemohon adalah Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri
       Terengganu tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
1.2  Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.
1.3  Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar yang bukan rakyat Terengganu tetapi lama menetap        /bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Amil Zakat/Ketua Kampung
1.4  Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian dan disalurkan melalui sinf fisabilillah.
1.5  Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil/Pra Diploma/Asasi, Diploma, Ijazah Pertama (B.A), Master dan
       PHD.
1.6  Telah diterima belajar di institusi pengajian tinggi atau institusi pengajian kemahiran dalam negara walaupun tidak
       diiktiraf oleh JPA
1.7  Pemohon tidak mempunyai sebarang pendapatan sendiri atau tetap sama bergaji penuh atau sebahagian.
1.8  Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu tahap pengajian.
1.9  Keutamaan diberikan untuk pengajian sepenuh masa, walaubagaimanapun pengajian separuh masa boleh
      dipertimbangkan.
1.10 Permohonan boleh dibuat tidak lebih 3 bulan dari tarikh pendaftaran dan dokumen hendaklah diserahkan dalam tempoh
       tersebut sahaja ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.
1.11 Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak
       menunaikan zakat kepada MAIDAM.
 
1.12 Pertanyaan :
       Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.
Daerah No. Telefon  
  Kuala Terengganu   09-630 30 30  
  Marang   09-618 33 17  
  Hulu Terengganu   09-681 78 09  
  Dungun   09-845 28 10  
  Kemaman   09-859 45 45
  Setiu   09-609 03 07  
  Besut   09-697 53 23  
  Kerteh   09-826 64 63  
  Kuala Nerus   09-662 2910